MESYUARAT TINDAKAN PERPADUAN DAERAH KOTA SETAR BIL 2/2020

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Daerah Kota Setar Bil 2/2020 telah berlangsung pada 20 Oktober 2020 dan dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Haji Mohd Asri Redha bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Kota Setar. Menurut beliau, ketika PKPD Daerah Kota Setar baru-baru ini, banyak NGO dan orang persendirian pelbagai bangsa turun bersama membantu petugas dan penduduk yang terlibat. Ini mencerminkan keharmonian yang sangat baik di daerah ini. 

Dalam mesyuarat ini, saya telah mencadangkan agar mesej-mesej perpaduan dapat disampaikan melalui media sosial memandangkan kekangan penganjuran program melibatkan orang ramai dalam suasana norma baharu.










Comments