PROGRAM JAMUAN RAKYAT PEKAN KUALA KEDAH

Pada 15 Oktober 2020, papan-papan tanda nasihat untuk pencegahan dadah telah dipasang di sekitar Pekan Kuala Kedah. YBhg Dato’ Mohd Asri Redha bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Kota Setar, Tuan Nasru'd-din bin Haji Abdul Rahman, Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Negeri Kedah dan pemimpin-pemimpin komuniti turun bersama meninjau papan tanda ini. Turut tertera pada papan-papan tanda ini adalah nombor telefon untuk masyarakat awam membuat aduan kepada pihak AADK Daerah Kota Setar. 

Selepas itu, diadakan pula Program Jamuan Rakyat di Pekan Kuala Kedah. Kami bersama YBhg Dato’ Pegawai Daerah Kota Setar mengedarkan bungkusan makanan tengah hari kepada penduduk-penduduk di sekitar Kg Tok Pasai dan Seri Pantai. Program ini sebenarnya menggunakan bajet program bubur asyura yang tertangguh disebabkan PKPD baru-baru ini. 

Terima kasih diucapkan diucapkan kepada YBhg Dato’ Asri kerana sentiasa menyokong program-program kami. Dato’ DO Kota Setar memang sempoi.

                                       













Comments