PROGRAM MENTOR MENTEE : BIMBINGAN KERJAYA

Pada 16 Oktober 2020 saya telah merasmikan penutupan Program Mentor Mentee : Bimbingan Kerjaya anjuran bersama Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar dan NGO Pembimbing Rakan Sebaya (Perakan). Program ini dijalankan dalam bentuk forum yang dibarisi oleh panel-panel dari KEMAS, MARAliner, MADA dan Tekun Nasional. 

Selaku Pengerusi JKPD Daerah, saya berkeyakinan program ini sangat signifikan kerana ia bermatlamatkan untuk memberi halatuju kerjaya dalam bidang pertanian, kemahiran dan keusahawanan kepada 40 orang OKP yang hadir bagi meneruskan kehidupan mereka. Malah peluang bagi mereka mendapatkan pinjaman bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan juga disediakan. 

Mereka ini sangat bertuah kerana menjadi insan terpilih untuk terlibat dalam program pemulihan di bawah inisiatif Program Rintis AADK di Kuala Kedah. Semoga program ini bermanfaat dan dapat membantu kepulihan mereka.

                                     


















Comments