KETUA POLIS DAERAH KOTA SETAR ANAK TEMPATAN

Pada 22 November 2020, satu perjumpaan santai telah diadakan bersama YDH ACP Ahmad Shukri bin Mat Akhir, Ketua Polis Daerah Kota Setar yang baharu. Beliau sangat berpengalaman luas di peringkat antarabangsa kerana pernah berkhidmat dalam misi pengaman PBB di Kosovo, Timor Leste dan akhir sekali pada tahun lepas di Sudan. Oleh itu, ini merupakan satu cabaran baharu buat beliau untuk memimpin Ibu Pejabat Polis Daerah.

Kami berbincang tentang penganjuran program bersama terutamanya meneruskan perancangan program rintis Kuala Kedah. Saya juga berkongsi bentuk-bentuk program yang pernah MCPF Daerah Kota Setar anjurkan. Turut hadir bersama adalah Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar.

Memandangkan Tuan OCPD adalah anak jati Kampung Sungai Baru, Anak Bukit, maka saya mengucapkan selamat kembali ke Kota Setar.



Comments