LAWATAN RUMAH MANGSA RIBUT KAMPUNG BULOH LIMA

Pada 17 November 2020, saya telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah yang mengalami bencana ribut yang berlaku pada petang 16hb November 2020 di Kampung Buloh Lima, Kota Sarang Semut. Lapan buah rumah terlibat dan dua daripadanya musnah teruk akibat puting beliung yang berlaku kurang dari 5 minit.

Turut bersama saya adalah En Jusoh bin Samsu, Ketua UMNO Cawangan Buloh Lima, Ustaz Suhaimi, Imam Masjid Buloh Lima dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan cawangan. Mangsa-mangsa bersama ahli keluarga mereka turut diberi kaunseling oleh Pegawai Psikologi, En Fazlan Shahidi dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar yang turut turun bersama saya untuk menjalankan psychological first aid (PFA). Selain mengambil berat tentang bantuan fizikal untuk mereka, keadaan psikologi dan mental perlu juga diberi perhatian kerana ada anak-anak mangsa yang masih trauma dengan tragedi yang berlaku. 

Selain itu, wakil Persatuan Veteran Angkatan Tentera yang diketuai Haji Ismail turut hadir bersama bagi memberi sokongan moral kepada salah seorang mangsa yang merupakan veteran tentera. Semoga semua mangsa diberi ketabahan dan kemudahan bagi menghadapi ujian ini.






























Comments