MESYUARAT AGUNG DIABETES MALAYSIA KEDAH KALI-22 TAHUN 2020

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-22 Diabetes Malaysia (DM) Negeri Kedah, akhirnya berjaya dilaksanakan di Hotel Grand Crystal, Alor Setar pada 5 November 2020 setelah 3 kali tertangguh sejak bulan April 2020. Untuk mesyuarat tahun ini, setiap daerah dihadkan menghantar 2 orang perwakilan sahaja. Mesyuarat melaporkan kejayaan utama DM Kedah pada tahun lepas adalah penganjuran Kedah Diabetes Awareness Program dengan kerjasama Kedah Lions Club, yang berjaya mengadakan saringan diabetes terhadap hampir 5 ribu orang dari seluruh Negeri Kedah. Walau bagaimana pun, program tahun ini agak suram kerana kekangan PKP dan Sambutan Hari Diabetes Sedunia untuk tahun ini juga tidak akan diadakan. 

Sebagai Timbalan Pengerusi DM Kedah, saya membentangkan perancangan program gaya hidup sihat yang akan diadakan di kampung-kampung sekitar Kuala Kedah dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kuala Kedah mulai bulan hadapan.








Comments