PROGRAM SANTAI ORANG KAMPUNG

Program Santai Orang Kampung anjuran PDRM Daerah Kota Setar dengan kerjasama AADK Daerah Kota Setar telah berlangsung pada 7 November 2020 bertempat di Muzium Kota Kuala Kedah. Program telah dirasmikan oleh YDH ACP Nor Azman bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kota Setar. Turut hadir YDH ACP Mohd Zaki bin Ashar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM Kedah. Program ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin komuniti Kuala Kedah yang telah diberi pengisian tentang bahaya dadah dan tindakan-tindakan pencegahan yang boleh diambil oleh ahli komuniti.

Pada sesi petang pula, telah diadakan pertandingan sukaneka untuk orang dewasa, remaja dan kanak-kanak. Program sangat meriah dengan diserikan pula acara cabutan bertuah. Boleh dikatakan setiap peserta tidak pulang tangan kosong dengan hadiah kemenangan sukaneka dan cabutan bertuah. Seronok melihat gelagat dan aksi semua peserta. Ini merupakan satu aktiviti yang cukup baik bagi merapatkan hubungan antara agensi penguatkuasaan dan masyarakat. Kejayaan program membuktikan polis dan masyarakat berpisah tiada.
                                      















Comments