SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN OKP

Seminar Pengurusan Kewangan untuk Orang Kena Pengawasan (OKP) dari Kuala Kedah anjuran Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar telah diadakan pada 5 November 2020 di Pejabat AADK Daerah Kota Setar. 

Terima kasih diucapkan kepada pakar-pakar kewangan yang merupakan pensyarah berpengalaman dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai oleh YBhg Dr Afiruddin bin Tapa kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan para peserta. Dalam ucapan perasmian penutup, saya berharap para peserta akan memanfaatkan sesi pementoran kewangan ini sebagai satu kemahiran hidup yang amat penting.

                                       












Comments