SEMINAR PERUBATAN PENAGIHAN 2020

Seminar Perubatan Penagihan 2020 telah berjaya dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar di Jerai Hill Resort, Gunung Jerai pada 28 November 2020. Program ini dihadiri oleh AJK JKPD, pegawai-pegawai Unit Rawatan AADK, Pasukan Pelindung Kanak-kanak, pemimpin-pemimpin Majlis Belia Daerah, NGO Persatuan Rakan Kepulihan Anda (Perakan) dan MCPF. 

Matlamat program ini adalah memberi pendedahan kepada para peserta tentang rawatan penagihan dari konteks perubatan serta kaedah cognitive behavioural therapy (CBT) melalui teknik motivational interviewing (MI). Pengisian disampaikan oleh Dr Omar bin Ali, Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah yang juga merupakan Pakar Perunding Psikiatri (Perubatan Penagihan) dan Puan Juliana Ikhzawati binti Mohd Lazim, Pegawai Psikologi, Hospital Sultanah Bahiyah. 

Dalam ucapan majlis penutupan, saya menggariskan dua cabaran utama yang harus diberi penumpuan oleh JKPD dan AADK pada tahun hadapan, iaitu menguruskan OKP-OKP yang relapse dan menangani isu wanita dan kanak-kanak yang berkaitan dadah. Perkara ini akan menjadi lebih mudah dengan kerjasama semua pihak. Terima kasih Ketua Pegawai AADK Kota Setar yang turut hadir dan sentiasa menyokong program-program JKPD.

                                           


















Comments