ZIARAH KEBAKARAN KAMPUNG ALOR MADI

Pada 13 November 2020, saya bersama Kumpulan Pegawai RELA Kehormat/Bersekutu Negeri Kedah dan UMNO Bahagian Kuala Kedah telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Alor Madi, Anak Bukit. Sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai disampaikan bagi meringankan beban mereka. Dua buah rumah terlibat dan salah satunya hangus dalam kebakaran dua hari lepas. Ini tragedi kebakaran kedua yang berlaku di Anak Bukit dalam tempoh seminggu ini. 

Kempen kesedaran tentang kebakaran harus diperluaskan terutamanya melalui penubuhan pasukan bomba komuniti yang boleh menganjurkan program-program bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat. 

Semoga keluarga mangsa semua tabah menghadapi ujian Allah swt ini yang berlaku pula dalam situasi pandemik. Turut hadir bersama saya adalah Encik Abdul Karim bin Din, Ketua UMNO Cawangan Kampung Alor Madi, Pegawai-pegawai RELA Kehormat/Bersekutu dan Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah. Terima kasih semua.


                                       










Comments