ZIARAH PESAKIT KANSER DI TAMAN SERI KOTA

Pada 24 November 2020, saya menziarahi En Basir yang mengidap penyakit kanser oesophagus sejak setahun yang lalu. Berat badan beliau semakin susut sejak akhir-akhir ini. Rawatan kemoterapi beliau juga terpaksa ditangguhkan hari ini kerana tidak cukup berat badan. Beliau tidak dapat makan melalui mulut dan hanya boleh diberi susu melalui Ryle’s tube. 

Beliau hilang sumber pendapatan apabila tidak lagi mampu bekerja sebagai pemandu lori. Isterinya seorang suri rumah. Anaknya 3 orang, berumur 13 tahun, 11 tahun dan anak bongsu 5 tahun telah disahkan sebagai kanak-kanak autisme. 

Sumbangan sangat dialu-alukan bagi meringankan beban beliau dan keluarga terutamanya anak-anak yang masih bersekolah. Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun beliau : 
RHB 15204600040255

Turut bersama saya adalah Ketua UMNO Cawangan Taman Seri Kota. Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan buat En Basir dan keluarga.





Comments