CERAMAH PELUANG KEDUA PUSPEN TAMPIN

Pada 18 Disember 2020, saya telah berkesempatan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama klien-klien AADK di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Tampin, Melaka. 

Saya menyampaikan ceramah bertajuk ‘Peluang Kedua’ kepada 115 orang yang merupakan klien wanita yang terdiri daripada pelbagai bangsa (95% wanita Melayu). Mereka datang ke sini dari Yan hingga Batu Pahat kerana tersilap memilih jalan dalam kehidupan mereka. Mereka adalah wanita-wanita rasional yang berpotensi, berumur dari 15 hingga 46 tahun. Dalam sesi soal jawab, ada yang bertanya kepada saya bagaimana mahu memastikan pemikiran sentiasa positif agar tidak terlibat lagi dengan perkara-perkara yang melencong. Ada juga yang berkongsi riwayat hidup bagaimana mereka terjebak dengan dadah. Sungguh menginsafkan bagi sesiapa yang mendengar kerana mereka terperangkap dalam kitaran hidup yang negatif. 

Saya bersyukur sekiranya pengisian saya ini menjadi asbab untuk mereka kembali ke pangkal jalan dan memulakan kehidupan baharu tanpa dadah apabila dibebaskan nanti. Semoga mereka ini diberi hidayah dan petunjuk untuk menjadi insan yang berjaya satu hari nanti. Turut hadir bersama adalah Puan Nik Nur Nadia Faziera binti Che Ngah, Timbalan Pengarah Puspen Tampin, Puan Azlin binti Othman, Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) dan Dr Harlina binti Ali Hanafiah, Penolong Pengarah Kanan (Pergigian), Jabatan Kesihatan Melaka.

                                        
















Comments