DETIK-DETIK BERMAKNA 2020

Tahun 2020 yang bakal berakhir merupakan satu tahun yang di luar jangkaan. Pelbagai peristiwa berlaku terutamanya pandemik Covid19 yang menyerang masyarakat global termasuk di Malaysia dan telah mengakibatkan kesan yang sangat buruk dari segi ekonomi, sosial dan kesihatan kepada manusia. Banyak perancangan awal yang tergendala termasuk diri saya sendiri seperti urusan mengerjakan ibadah haji dan peperiksaan klinikal kepakaran saya pada tahun ini telah tertangguh. Walau bagaimanapun, ini semua bukanlah halangan untuk diteruskan usaha amal bakti kepada masyarakat. Dengan situasi sebegini, khidmat membantu masyarakat harus dipergiatkan demi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan pembelaan.                                      

Program-program saya pada tahun 2020 sangat rancak walaupun ada kekangan sedikit untuk melaksanakan aktiviti berskala besar kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika dilihat dari blog saya, terdapat lebih 280 hantaran yang berkaitan program-program saya sepanjang tahun, iaitu boleh dikatakan hampir setiap hari saya terlibat dengan program.

Aktivti saya terbahagi kepada politik dan NGO. Gerak kerja politik saya sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, dan sempat memangku sekejap jawatan Ketua Bahagian, membolehkan saya turun menghadiri banyak persidangan cawangan pada tahun ini. Di samping itu turut diadakan program-program ziarah dan pemeriksaan pesakit melalui program Temusihat, ziarah mangsa ribut dan kebakaran serta menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik dalam Parlimen Kuala Kedah. Dengan 'kegilaan' yang berlaku dalam politik di peringkat nasional, saya berpendapat, sewajarnya politik khidmat di peringkat akar umbi harus ditumpukan.

Dalam gerak kerja NGO pula, saya telah menerima beberapa tanggungjawab baharu pada tahun ini, iaitu saya telah dipilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar, Ahli Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Daerah Kota Setar dan yang terkini lantikan sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah. Program kesihatan melalui Diabetes Malaysia Negeri Kedah agak terhad kerana PKP, tetapi ceramah diabetes dalam bentuk kuliah maghrib di masjid-masjid seperti di Masjid Zahir dapat juga diadakan.

Program pencegahan jenayah terutamanya melibatkan pembanterasan dadah adalah program yang paling banyak. Lebih-lebih lagi apabila Kuala Kedah merupakan salah satu daripada 12 kawasan program rintis di Malaysia untuk inisiatif bersepadu menangani penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial AADK. Di atas platform sebagai Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar, Ikon AADK dan Leftenan Kolonel Kehormat RELA; program lawatan bersepadu bertujuan membantu dan menyelamatkan wanita dan kanak-kanak yang terlibat dadah telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi. Selain itu, program-program kebajikan untuk membantu klien-klien AADK dan keluarga mereka juga sentiasa dianjurkan dalam memperkasa mereka ke arah kepulihan. 

Dalam media massa dan media sosial, saya mendapat peluang ke udara melalui siaran FB live UMNO Kedah untuk berbicara berkenaan pandemik Covid19 dan ditemubual oleh Astro Awani dan RTM berkenaan Bajet 2021 untuk pencegahan dadah. Di muka hadapan Utusan Malaysia juga, saya telah mengutarakan isu ketum yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan bagi menggubal undang-undang baharu untuk tujuan mengawal penyalahgunaannya.

Ketika PKPD Daerah Kota Setar, saya juga telah menjalani kuarantin wajib selama dua minggu selepas mempunyai kontek dengan pesakit Covid. Walaupun saringan calitan tekak saya negatif, tetapi pengalaman kuarantin ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Namun begitu, tempoh PKP dan kuarantin telah membolehkan saya menghabiskan pembacaan 60 buah buku untuk tahun ini. Ini adalah satu rekod yang rasanya sukar untuk dicapai lagi selepas ini. Tiga buah buku yang memberi kesan kepada saya pada tahun ini adalah 'Human Kind' oleh Rutger Bergman, 'How To Hide An Empire' oleh Daniel Immerwahr dan 'Leadership : In Turbulence Times' oleh Doris Kearns Goodwin.

Banyak kenangan tahun 2020 ini sebenarnya. Harapan saya untuk tahun 2021 nanti akan menjanjikan lebih banyak peluang untuk berbakti dan membuat kebajikan. Itulah prinsip perjuangan untuk masyarakat. 

 "The empires of the future are the empires of the mind." - Winston Churchill

SELAMAT TAHUN BAHARU 2021

Program Omnipresence di Kg Tepi Laut, Kuala Kedah


Pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah

                                       


Lawatan menyelamatkan ibu tunggal yang terlibat dadah dan 2 anaknya di Taman Bersatu


Ziarah warga emas di Kg Perlis


Ziarah mangsa ribut di Kampung Buluh Lima



Seminar Perubatan Penagihan 2020

Perjumpaan bersama Ketua Polis Daerah Kota Setar

Ziarah mangsa kebakaran di Padang Hang

Isu Ketum di Utusan Malaysia 3 November 2020

Mesyuarat Agung Tahunan Diabetes Malaysia Negeri Kedah

Pembentangan tentang ketum dari sudut perubatan di Bengkel Pindaan Undang-undang Penanaman Ketum anjuran PDRM Kedah

Badminton bersama rakan belia

Menyampaikan pandangan tentang isu ketum di Townhall Bahaya Ketum anjuran PDRM Kedah 

Kem Psikospiritual Islam untuk OKP

Rakaman Temubual RTM

Gelang pink kuarantin

Book of the year

Program Bubur Asyura PDRM-MCPF-RELA Kota Setar

Program Sembang Santai Ketua Pengarah AADK di Kuala Kedah

Liga Futsal Merdeka untuk OKP anjuran JKPD dan Majlis Belia Daerah Kota Setar

Perasmian Program Misi 5G - program keusahawanan belia

Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Daerah Kota Setar

Pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar 

Pertandingan esports bersama belia Padang Lalang

Gambar kenangan selepas Program Jasamu Dikenang Ketua Polis Kedah

Pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Daerah Kota Setar

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Tok Pasai, Kuala Kedah



Program Temusihat di Titi Gajah

Sambutan Hari Lahir saya yang jatuh pada hari yang sama dengan 1 Syawal 1441H

Program ramah mesra bersama ketua-ketua UMNO cawangan

Ziarah Ramadan di Tebengau

Sumbangan bantuan hari raya untuk anggota-anggota RELA Parlimen Kuala Kedah

Ziarah Ramadan di Kg Kompleks

Melawat petugas barisan  hadapan RELA ketika PKP

Live FB UMNO Kedah

Majlis Pentaulihan Pegawai RELA Kehormat/Bersekutu Negeri Kedah

Barisan kepimpinan MCPF Kedah tahun 2020

Perasmian Bulan Pencegahan Dadah SK Haji Ismail

Perasmian serentak mesyuarat cawangan UMNO Bahagian Kuala Kedah

Bersama Sheikh Roslan, Imam Besar Masjid Zahir selepas
saya menyampaikan ceramah diabetes

Latihan Menembak RELA

Ceramah Perpaduan Ummah

Kunjungan hormat MCPF ke atas Ketua Polis Perlis dan IPK Perlis

Perjumpaan dengan Presiden UMNO

Perjumpaan dengan Menteri Kanan Pertahanan

Perjumpaan dengan Timbalan Presiden UMNO



Comments