KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI RELA DAERAH KOTA SETAR

Pada 29 Disember 2020, satu kunjungan hormat telah diadakan ke atas Puan Sahrol Miza binti Samad, Pegawai RELA Daerah Kota Setar yang baharu. Kami saling berkenalan dan membincangkan penglibatan kami dalam program-program RELA yang akan datang. Kami, Pegawai-pegawai RELA Bersekutu/Kehormat mengucapkan selamat datang kepada beliau ke Daerah Kota Setar.

Kebetulan sebelum itu juga, kami terjumpa Pengarah RELA Negeri Kedah, Tuan Ahmad bin Abd Wahab ketika sedang berkumpul di pekarangan Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Anak Bukit.





Comments