PROGRAM PEMULIHAN LITERASI ANAK ASNAF KUALA KEDAH

Majlis Penutupan Program Klass of Hope : Pemulihan Literasi untuk Anak-anak Asnaf Kuala Kedah  telah diadakan pada 7 Disember 2020 di SK Seri Pantai, Kuala Kedah. Program ini telah berlangsung selama 54 hari sejak bulan Ogos lepas melibatkan 21 orang pelajar tahun 2 hingga 5. 

Mereka diberi tunjuk ajar secara intensif oleh guru-guru sukarelawan agar mereka boleh membaca. Usaha murni ini dapat mengelakkan mereka daripada keciciran dan menimbulkan minat untuk mereka hadir ke sekolah dengan program ‘value added’ yang juga bertujuan untuk pembinaan sahsiah. Ternyata usaha ini telah membuahkan hasil apabila 2 pelajar tahun 5 yang merupakan peserta terbaik program ini telah mempersembahkan kemahiran membaca mereka. 

Tahniah diucapkan kepada Kelab GoodDeeds Kedah atas inisiatif mulia ini. Program dirasmikan oleh Puan Zuriati binti Zainuddin, Pegawai Unit Pencegahan AADK Kedah mewakili Pengarah AADK Kedah.

                                         

















Comments