SESI RAKAMAN TEMUBUAL PROGRAM RINTIS KUALA KEDAH

Pada 24 Disember 2020, saya terlibat dalam sesi rakaman temubual bersama Infra TV yang telah ditugaskan oleh AADK untuk membuat liputan berkenaan pelaksanaan Program Inisiatif Bersepadu Menangani Penyalahgunaan Dadah, Substan dan Pelencongan Sosial di Kuala Kedah. Turut ditemubual bersama saya adalah YBhg Dato’ Asri Redha bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Kota Setar. Dalam sesi rakaman, selain berkongsi impak positif program ini, kami juga mengutarakan beberapa isu infrastruktur dan sosial yang wajar diberi penekanan dalam usaha pembanterasan dadah. 

Sebelum itu, kami bersama AADK, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), PDRM, Pengetua dan PIBG SMK Seri Pantai, RELA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalankan rondaan omnipresence di Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah. Selain menyampaikan risalah anti dadah, kami mengambil berat permasalahan penduduk sama ada yang melibatkan isu kesihatan, perumahan dan keciciran sekolah. Aktiviti ini turut mendapat liputan daripada pihak Infra TV.

                                                 

                                                

                                                 















Comments