SUMBANGAN DRIP STAND KEPADA HOSPITAL

Pada 22 Disember 2020, satu majlis ringkas penyampaian sumbangan ‘drip stand’ kepada Hospital Sultanah Bahiyah telah diadakan. 

Ini merupakan sumbangan daripada Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah untuk kegunaan pesakit-pesakit di dalam wad. Penyerahan simbolik telah dilangsungkan dengan penerimaan drip stand ini oleh Penyelia Jururawat dan Ketua Jururawat bagi pihak perkhidmatan kepakaran dan wad masing-masing. Semoga sumbangan kecil kami ini akan memberi manfaat yang besar. Insha Allah.







Comments