TEMUSIHAT KAMPUNG PERLIS

Pada 5 Disember 2020, Pasukan Saringan Kesihatan (Pasak) Parlimen Kuala Kedah telah mengadakan program Temuseru Kesihatan Masyarakat (Temusihat) di sekitar Kampung Perlis, Kampung Tanah 100 dan Kampung Darat yang berada dalam kawasan DUN Pengkalan Kundor. Lapan buah rumah kami ziarahi antaranya warga emas berumur lebih 80 tahun, pesakit diabetes pelbagai komplikasi, darah tinggi, OKU dan pesakit mental. Pesakit mental yang kami lawati ini kelihatan agak agresif dari segi percakapannya, maka kami menyerahkan barang sumbangan kepada jirannya. Tambahan pula, beliau sedang memegang secawan teh panas, jadi kami cuba mengelakkan sebarang provokasi dengan beliau. 

Turut bersama kami adalah Saudara Nazar Ahmad bin Mohd Noor, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah yang juga merupakan Pengerusi JPKK Kampung Perlis. Suasana perkampungan sawah bendang dengan cuaca yang redup, sangat menceriakan program kami. Kebanyakan warga emas yang kami temui mempunyai bacaan tekanan darah dan gula yang normal, mungkin berpunca daripada ketenangan kehidupan di sini berbanding kehidupan di bandar yang penuh dengan stress. 

Program ini juga kebetulan jatuh pada Hari Sukarelawan Antarabangsa. Program sebegini akan menyuburkan semangat kesukarelaan terutamanya di kalangan golongan belia.































Comments