TEMUSIHAT KAMPUNG SUNGAI BARU TENGAH

Program Temuseru Kesihatan Masyarakat (Temusihat) Kampung Sungai Baru Tengah yang dijalankan pada 12 Disember 2020 sangat menyentuh hati saya. Sepuluh buah rumah pesakit kronik dilawati, antaranya rumah pesakit strok yang telah terlantar selama 8 tahun, pesakit diabetes yang telah diamputasi kedua-dua kakinya, pesakit cerebral palsy yang berumur 28 tahun, pesakit Parkinson yang muda dan pesakit strok selama 20 tahun yang sudah mampu berjalan. 

Semangat dan kecekalan mereka amat menakjubkan dengan sokongan dan dokongan yang ikhlas serta kasih sayang pasangan dan ahli keluarga masing-masing demi perjuangan meneruskan kehidupan. Mereka bukanlah dari golongan berada, tetapi mereka tidak pernah miskin jiwa dan harapan. 

Walaupun saya datang untuk memberi nasihat dan penerangan tentang kesihatan kepada mereka, tetapi saya juga perlu belajar erti ketabahan daripada mereka. Semoga Allah swt memberikan ganjaran yang besar di atas kesabaran dan keredaan mereka di atas ujian penyakit yang menimpa mereka dan keluarga. Program ziarah ini wajar menjadi inspirasi kepada kita agar kita lebih bersyukur.


































Comments