VILLAGEMART HUB PRODUK IKS

Pada 19 Disember 2020, saya berkesempatan singgah di Village Mart, iaitu sebuah kedai yang baharu sebulan beroperasi di Puncak Alam, Selangor. Kedai ini telah berjaya menjadi sebuah hub yang mengumpulkan dan memasarkan produk-produk IKS bumiputera tempatan. Setakat ini, sudah ada 121 produk yang telah ditempatkan di sini untuk jualan. 

Tahniah di atas inisiatif sahabat saya, Saudara Noor Akmal Kamarolzaman yang sememangnya merupakan seorang usahawan hebat. Jika ada usahawan yang berminat, boleh hubungi beliau dan menyertai pakej yang ditawarkan yang mana bukan sahaja untuk jualan tetapi juga akan membantu para usahawan dari segi pemasaran produk terutamanya dalam media sosial. Usaha beliau dalam membantu usahawan-usahawan IKS bumiputera dalam menyediakan platform untuk mengembangkan perniagaan mereka amat wajar dipuji.





Comments