WARGA EMAS YANG BERBESAR HATI

Warga emas ini sangat berbesar hati dengan kehadiran kami. Beliau tinggal seorang diri di sebuah rumah di belakang rumah cucunya di Kampung Perlis. Beliau sudah berumur lebih 80 tahun dan pergerakannya agak perlahan dengan perlu berpaut kepada sesuatu untuk bangun atau berjalan. Semangatnya cukup kuat apabila mampu menguruskan diri sendiri dengan kekuatan otot dan deria pendengaran yang berkurangan.

Selesai kami membuat pemeriksaan kesihatan di luar rumahnya, Saudara Nazar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian memapahnya masuk kembali ke dalam rumah sementara itu saya membawa masuk barangan sumbangan ke dapurnya. Apabila saya mengucapkan selamat tinggal kerana kami mahu bergerak ke rumah lain, beliau meminta saya memapahnya ke luar rumah kembali kerana beliau mahu melambaikan tangan tanda selamat tinggal kepada kami.

Inilah yang didefinisikan sebagai 'berbesar hati'.

                                      










Comments