ZIARAH DI KUBANG ROTAN

Pada 15 Disember 2020, saya berkesempatan menziarahi beberapa orang pesakit di sekitar Kampung Kubang Rotan. Antara yang diziarah adalah Ustaz Ilyas, mantan Ketua UMNO Cawangan Kg Seberang Kubang Rotan yang berumur 82 tahun dan mengidap dementia. Kami juga melawat sahabat kami Idris Mahmud, Ketua UMNO Cawangan Kampung Pekan yang semakin pulih daripada strok dan seorang warga emas yang baru discaj dari hospital kerana serangan jantung. 

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hasnita Hassan, Ketua UMNO Cawangan Kg Seberang Kubang Rotan yang turut bersama.

                                          








Comments