ZIARAH KOTA SARANG SEMUT

Pada 8 Disember 2020, saya telah menziarahi Pakcik Ani yang merupakan Tok Siak Masjid Kota Sarang Semut. Beliau mengalami serangan strok 3 minggu lepas. Saya memeriksa beliau dan mendapati beliau mempunyai rentak denyutan nadi yang tidak sekata (atrial fibrillation) yang mungkin menjadi faktor risiko insiden serangan strok tersebut. Saya menasihatkan beliau untuk terus tekun menjalani fisioterapi agar mampu berjalan semula. Semoga dipermudahkan urusan rehabilitasi beliau. 

Selepas itu, saya menziarahi En Saad yang tinggal sebatang kara di sebuah rumah di Kota Sarang Semut. Ibu jari dan tapak kaki beliau telah dibedah pada bulan Ogos lepas akibat diabetes. Beliau tidak dapat bekerja sebagai pemandu lori dan sedang menunggu kelulusan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Perkeso. 

Turut bersama saya dalam sesi lawatan ini adalah Haji Abdul Latif bin Basri, Ketua UMNO Cawangan Kota Sarang Semut dan ahli jawatankuasanya.







                                       



Comments