MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH 2020

Pada 2 Januari 2021 bertempat di Dewan Persidangan UMNO, Tingkat 8, Bangunan Tunku, Alor Setar, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah 2020 berlangsung dengan jayanya. Dengan kehadiran yang telah dihadkan kepada ketua-ketua cawangan dan wakil-wakil sayap sahaja kerana kekangan SOP, persidangan tetap meriah dan berjalan dengan penuh tertib.

Semoga persidangan ini akan memantapkan semangat perjuangan dan gerak kerja pemimpin-pemimpin UMNO cawangan dan bahagian dalam Parlimen Kuala Kedah dalam membuat persediaan menuju PRU15.

                                         













Comments