MESYUARAT PERWAKILAN WANITA, PEMUDA, PUTERI UMNO KUALA KEDAH 2020

Pada 1 Januari 2021, telah berlangsung serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah 2020. Saya bersama YBhg Dato’ Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah telah berkesempatan menghadiri ketiga-ketiga mesyuarat ini.

Ternyata dalam suasana pandemik dan situasi politik yang tidak menentu, semangat para perwakilan semua tetap berkobar-kobar mahu memastikan perjuangan UMNO terus hidup di Parlimen Kuala Kedah. 
Tahniah diucapkan kepada Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Bahagian bersama jawatankuasa masing-masing di atas kejayaan melaksanakan mesyuarat dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

                                      



















Comments