PERTEMUAN BERSAMA NAIB PRESIDEN UMNO

Pada 7 Januari 2021, saya telah menghadiri pertemuan bersama YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB). Beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Usul memaklumkan usul-usul utama yang dibangkitkan oleh majoriti besar UMNO Bahagian pada mesyuarat perwakilan adalah :
- Memperkasa hubungan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional.
- Memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semasa menghadapi PRU15.
- Menggesa PRU15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat           baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan COVID-19.
-Tiada kerjasama dengan Anwar dan DAP

Usul-usul ini akan dibahaskan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada akhir bulan Januari 2021. Dalam pertemuan ini, kami turut meraikan sambutan hari lahir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

                                                                   





Comments