TEMUSIHAT TAMAN HARAPAN

Pada 9 Januari 2021, Program Temusihat telah diadakan di Taman Harapan dan Kampung Padang, Kuala Kedah. Program temuseru pertama tahun ini adalah program ziarah pesakit kronik yang mana pemeriksaan kesihatan percuma dijalankan di samping menyampaikan sedikit sumbangan untuk meringankan beban mereka dan keluarga. 

Daripada 7 pesakit yang diziarah pada hari ini, 6 orang merupakan pesakit strok dan seorang pesakit buah pinggang kronik yang akan menjalani dialisis. Semoga mereka semua sentiasa sihat sejahtera dengan dikurniakan kualiti kehidupan yang baik.














Comments