ZIARAH VETERAN UMNO SUNGAI PAPAN

Pada 1 Januari 2021, saya telah menziarahi Pak Long Mat atau nama sebenar beliau, Ahmad bin Saad. Beliau adalah veteran UMNO yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha UMNO Cawangan Sungai Papan. 

Beliau baharu keluar dari wad selepas seminggu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah. Beliau mengalami serangan strok minggu lepas yang menyebabkan lemah anggota badan di sebelah kanan. Saya menasihatkan beliau agar rajin menjalani rawatan fisioterapi. Saya mendoakan semoga beliau cepat sembuh.  Turut bersama saya adalah Ketua UMNO Cawangan Sungai Papan.

                                       






Comments