KANAK-KANAK PESAKIT MOYAMOYA YANG TABAH

Pada 19 Februari 2021, saya bersama Pegawai-pegawai RELA Bersekutu/Kehormat telah menziarahi anak seorang anggota RELA di Taman Seri Merpati, Jalan Kuala Kedah. Jazmina Adriana binti Jasrul Azwan, kanak-kanak berumur 9 tahun, mengidap penyakit Moyamoya yang menyebabkan saluran darah otaknya tidak normal. Dia pernah koma sebulan di Hospital Sultanah Bahiyah pada tahun lepas akibat pendarahan otak.

Bapanya yang juga merupakan staf Majlis Bandaraya Alor Setar memaklumkan, setakat ini tiada pembedahan dapat dilakukan tetapi sebaliknya anaknya perlu menjalani rawatan kemoterapi 16 kali di Hospital Pulau Pinang dan rawatan susulan di Hospital Selayang. Setakat ini baharu 3 kali kemoterapi telah selesai.

Sudah tentu perjalanan ulang-alik dan penginapan di Pulau Pinang dan Selayang memerlukan belanja yang agak besar. Oleh itu, saya sertakan no akaun ibunya, Nurul Huda binti Omar (BSN : 0299541100374723) untuk sumbangan sesiapa yang ingin membantu bagi meringankan beban keluarga mereka.

Penyakit Moyamoya pertama kali ditemui di Jepun oleh Takeuchi dan Shimizu pada 1957. Moyamoya bermaksud ‘puff of smoke’ dalam bahasa Jepun, mungkin disebabkan salur darah otak pesakit kelihatan seperti asap dalam imbasan MRI. Pesakit berisiko tinggi mendapat strok melalui penyempitan atau pendarahan pembuluh darah otak. Moyamoya umumnya melibatkan kanak-kanak, tetapi juga dapat terjadi kepada orang dewasa berusia 20-40 tahun. Ia sangat jarang dan prevalens hanya 0.35 kes dalam 100,000 penduduk.

Alhamdulilah keadaan Jazmina hari ini bertambah baik setelah menjalani rawatan. Beliau sangat ceria dan sudah mampu berjalan. Tenyata beliau adalah seorang kanak-kanak yang tabah.








Comments