MESYUARAT JKPD KOTA SETAR BIL 1/2021

Pada 24 Februari 2021, saya telah mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar bagi tahun 2021. Antara program yang dibincangkan adalah penganjuran Program Gaya Hidup Sihat OKP, Program Usahawan Berjaya bersama Tekun Nasional dan Malam Anugerah Kepulihan untuk klien-klien AADK.

Mesyuarat berpuas hati dengan perkembangan kes-kes dadah yang melibatkan kanak-kanak dan wanita kerana telah berjaya ditangani dengan kerjasama baik semua pihak buat masa ini. Cabaran seterusnya adalah menghantar wanita-wanita yang terlibat ini bagi menjalani program pemulihan sebelum mereka boleh menjaga anak-anak mereka kembali.

Tahun ini juga, kami akan menumpukan perhatian ke arah membantu klien-klien AADK yang berumur bawah 18 tahun. Semoga tahun ini akan membawa sinar kepada mereka untuk kembali ke pangkal jalan dan kekal dalam kepulihan.







Comments