PEMIMPIN TEMPATAN TAMAN DESARENA

Pada 9 Februari 2021, saya berkesempatan menziarahi kali terakhir Allahyarham Haji Md Hashim Taib, Ketua UMNO Cawangan Taman Desarena, Kuala Kedah, di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah. Allahyarham juga adalah mantan Pengerusi JKKK Taman Desarena dan merupakan seorang pesara polis marin. Ini adalah satu kehilangan besar kepada masyarakat setempat kerana beliau adalah seorang pemimpin tempatan yang sangat aktif.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-orang yang soleh. Salam takziah untuk keluarga Allahyarham. Al-fatihah.



Comments