PENGORBANAN SEORANG ADIK

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 4 beradik warga emas ini tinggal serumah di Kampung Sungai Baru Tok Keramat sejak sekian lama. Seorang merupakan pesakit strok terlantar, seorang OKU mental dan seorang lagi telah dipotong kaki kerana kanser tulang. Hanya adik bongsu yang masih sihat yang menjaga mereka. Saya berpesan beliau perlu mengambil berat tentang kesihatan diri sendiri untuk terus menjaga kakak-kakaknya yang sangat bergantung kepadanya. Insha Allah besar ganjaran untuk pengorbanan seorang adik.







Comments