PROGRAM ZIARAH RELA KEHORMAT

Pada 19 Februari 2021, kami Pegawai-pegawai RELA Kehormat/Bersekutu juga menziarahi beberapa orang anggota RELA dan ahli keluarga mereka yang kurang sihat di sekitar Alor Setar. Ada dua orang pesakit yang baharu memulakan dialisis dan seorang lagi merupakan pesakit jantung.

Salah seorang pesakit dialisis ini baharu berumur 33 tahun dan ketika ini menumpang di pusat haemodialisis hospital kerajaan kerana masih belum ada penaja. Pihak kami akan membantu beliau mendapatkan penajaan PERKESO kerana beliau pernah mencarum ketika bekerja dahulu. Semoga dipermudahkan urusan rawatan mereka semua.











Comments