PUSAT DIALISIS MYANGKASA

Pusat Dialisis MyAngkasa merupakan salah satu pusat dialisis di bawah jagaan saya. Pusat dialisis ini setakat ini telah memberi khidmat kepada lebih 40 orang pesakit dialisis di sekitar Kuala Kedah, Kubang Rotan, Pengkalan Kundor dan sehingga Alor Janggus. Ini dapat memberi kemudahan dan menampung pesakit-pesakit yang tidak dapat menjalani rawatan haemodialisis di hospital kerana slot tempat yang terhad.

Pesakit haemodialisis perlu menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu dan selama 4 jam setiap kali rawatan. Walaupun statistik di Malaysia menunjukkan 2 daripada 3 orang pesakit dialisis adalah berpunca daripada diabetes, tetapi di pusat saya ini, kadarnya lebih tinggi iaitu lebih kurang 80% pesakit dialisis adalah disebabkan penyakit diabetes. Oleh itu pencegahan diabetes melalui gaya hidup sihat sangat penting, bukan sahaja untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang, tetapi juga komplikasi lain seperti serangan jantung, amputasi dan kebutaan.

Untuk pesakit tajaan JPA dan SOCSO yang bakal menjalani dialisis, masih ada kekosongan, boleh hubungi 04-762 2722 atau hadir sendiri ke pusat dialisis kami di Jalan Batas Paip, Kuala Kedah.







Comments