TEMUSIHAT TELUK CHENGAI

Pada 20 Februari 2021, saya telah menziarahi 10 buah rumah pesakit di sekitar Kampung Teluk Chengai Luar dan Kampung Masjid Lama Teluk Chengai, Taman Merpati dan Tambak Bunga.

Majoriti yang diziarahi adalah warga emas yang mengidap strok. Ada yang strok terlantar dan ada juga masih mampu bertatih walaupun lumpuh separuh badan. Ada juga pesakit diabetes yang telah diamputasi kedua-dua belah kakinya. Ada remaja OKU dan kakaknya mengidap penyakit mental. Seorang pesakit tulang belakang telah selesai menjalani pembedahan tetapi masih terus berusaha untuk berjalan semula.

Pasti ada antara kita telah atau bakal diuji dengan penyakit tertentu tanpa mengira usia dan penyakit apa. Apabila saatnya tiba, kita harus terus berjuang untuk sihat dan tabah serta sabar dengan ujian. Setiap orang ujiannya tidak sama. Bersyukurlah sekiranya kita masih dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Gunakanlah nikmat kesihatan yang diterima untuk berbakti.

Terima kasih Hajjah Zainab Mat, Ketua UMNO Cawangan Teluk Chengai Luar merangkap Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah dan En Md Akhir Osman, Ketua UMNO Cawangan Kg Masjid Lama Teluk Chengai, wakil Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Kedah dan wakil Majlis Belia Daerah Kota Setar yang turut bersama.



























Comments