ZIARAH WARGA EMAS KUALA TEBENGAU

Pada 8 Februari 2021, saya telah menziarahi Pak Ali dan isteri di Kuala Tebengau. Pak Ali yang berumur 70 tahun mengidap strok dan isterinya juga uzur, tinggal berdua sahaja di sebuah rumah di pinggir laut. Mereka tidak mempunyai anak. Sebelum ini beliau bergantung harap anak tirinya yang tinggal di Kuala Nerang tetapi hilang tempat bergantung sejak anak tirinya itu juga mengalami serangan strok. Syukurlah mereka mempunyai jiran yang sentiasa mengambil berat kebajikan mereka. Anak-anak jiran juga sentiasa datang menceriakan rumah mereka. Alhamdulilah.






Comments