CERAMAH KESEDARAN VAKSIN COVID

Apabila manusia menghadapi sesuatu krisis, lazimnya manusia akan mula merekacipta teori konspirasi bagi membolehkan mereka berasa krisis tersebut berada dalam kawalan mereka. Mereka akan mula percaya sesuatu biarpun ia tidak bersandarkan pada fakta yang sahih. Tidak dinafikan ada sedikit ciri-ciri narsisistik di situ. Ini bukan perkara baharu malah ia lebih menjadi-menjadi dengan ledakan teknologi media sosial zaman kini.

Oleh itu, dalam isu vaksin covid19, saya memilih untuk mendidik terutamanya staf-staf saya agar menguasai fakta saintifik yang telah dibuktikan dalam disiplin ilmu perubatan. Mereka sebagai petugas barisan hadapan perubatan perlu faham isu ini dengan jelas agar setiap interaksi mereka dengan masyarakat awam selepas ini akan lebih meyakinkan. Semoga pengisian saya tentang vaksin covid19 ini akan memantapkan pengetahuan mereka untuk disebarkan kepada komuniti dan seterusnya bakal mewujudkan imuniti berkelompok yang kita idamkan dalam memerangi pandemik ini.

Lindung Diri, Lindung Semua.





Comments