HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA 2021

Pada 11 Mac 2021 merupakan Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada hari Khamis minggu kedua bulan Mac setiap tahun. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit kegagalan fungsi buah pinggang di Malaysia dijangka mencecah 106,000 orang menjelang tahun 2040.

Lebih membimbangkan, Dr Noor Hisham berkata, 30 peratus daripada jumlah itu merupakan golongan muda berusia bawah 45 tahun yang boleh mendatangkan impak negatif kepada sosioekonomi negara.

Beliau berkata, kajian mendapati 61 peratus pesakit baharu yang memerlukan rawatan dialisis menghidap diabetes manakala 16 peratus lagi menghidap tekanan darah tinggi berpunca daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.







Comments