PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT JKPD 2021

Pada 17 Mac 2021, Program Gaya Hidup Sihat 2021 anjuran Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar telah diadakan di Wisma Persekutuan, Alor Setar. Program ini diadakan khas untuk Orang Kena Pengawasan (OKP) meliputi pemeriksaan kesihatan dan ceramah gaya hidup sihat yang disampaikan oleh saya sendiri. Selain OKP, staf AADK turut hadir mendengar ceramah dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Gaya hidup sihat terutamanya pemakanan sihat dan aktiviti fizikal adalah sangat penting sebagai salah satu kaedah untuk membantu proses pemulihan dan juga bagi mengekalkan kepulihan para klien AADK.















Comments