PROGRAM OMNIPRESENCE KAMPUNG TENGAH

Pada 3 Mac 2021, telah diadakan Program Omnipresence Rondaan Bersama Rakan Strategik. Sempena dengan itu, YBhg Dato’ Haji Mohd Asri Redha Bin Abd Rahman, Pegawai Daerah Kota Setar merangkap Pengerusi PEMADAM Daerah Kota Setar telah turun padang ke Kampung Tengah, Kuala Kedah bagi menyampaikan sumbangan kepada 30 keluarga terpilih dari kawasan sekitar.

Selain itu, YBhg Dato' bersama-sama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan rakan strategik turut membuat edaran risalah mengenai kesedaran vaksin kepada orang ramai. Selain AADK, agensi yang turut bersama adalah Pejabat Daerah, PDRM, APMM, MCPF, PEMADAM, Skuad AADK, MBAS dan penghulu-penghulu mukim.

                                       














Comments