PROGRAM ZOOM : GUNUNG KERIANG

Baru-baru ini saya berkesempatan menziarahi keluarga Azizan bin Talib bersama Majlis Belia Daerah di Kampung Gunung Keriang, Anak Bukit. Beliau tiada di rumah kerana keluar membeli barang.

Sebelum ini, Azizan pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah tetapi telah diberhentikan baru-baru ini. Buat masa ini, beliau hanya membuat kerja-kerja kampung bagi menyara isteri dan 5 orang anaknya. Anaknya yang berumur 20 tahun pula merupakan OKU yang mempunyai masalah pembelajaran. Sumbangan telah disampaikan kepada isteri beliau bagi meringankan beban keluarga ini.





Comments