PROGRAM ZOOM : KAMPUNG SUNGAI PAPAN

Pada 3 Mac 2021, saya bersama Majlis Belia Daerah Kota Setar telah memulakan inisiatif Program Ziarah Orang-orang Memerlukan (ZOOM) untuk membantu golongan dalam Parlimen Kuala Kedah yang terkesan akibat situasi pandemik dan ekonomi ketika ini.

Lokasi pertama kami adalah Tok Su Fatimah yang tinggal seorang diri di Kampung Sungai Papan. Menurut beliau, umurnya sudah hampir 90 tahun dan suaminya telah meninggal dunia hampir 20 tahun lalu. Beliau mempunyai tiga orang anak perempuan, yang tinggal di luar kawasan.
Beliau hanya bergantung harap kepada sumbangan orang ramai. Katanya sumbangan kami hari ini akan disimpan untuk menguruskan jenazahnya nanti. Saya meminta beliau menggunakannya untuk membeli keperluan barangan dapur atau menguruskan bil-bil yang tertunggak.

Turut bersama kami adalah Ketua Cawangan UMNO Kampung Sungai Papan dan Setiausaha Majlis Belia Daerah Kota Setar. Insha Allah, inisiatif bersama anak-anak muda dalam Program ZOOM ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

                                        







Comments