PROGRAM ZOOM : TAMAN MALIK

Pada 11 Mac 2021, saya meneruskan Program Ziarah Orang-orang Memerlukan (ZOOM) bersama Majlis Belia Daerah Kota Setar. Kali ini kami melawat Md Noor Saad, seorang pesakit mental di Taman Malik.

Beliau berumur 41 tahun dan tinggal bersama abangnya. Abangnya bekerja sebagai penjual kelapa dan dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasaraya. Md Nor mengaku telah membakar rumah mereka 3 tahun lalu kerana tidak tahan mendengar halusinasi suara (auditory hallucination) yang dialaminya. Dia berjanji tidak akan berhenti makan ubat seperti sebelum ini dan terus menunjukkan kepada saya ubat risperidone yang menjadikannya lebih sihat.

Dia juga menunjukkan tapak rumah yang ingin dibina menjadi biliknya. Abangnya sudah siap membina bilik sendiri. Md Nor tidur setiap malam di atas sebuah sofa di bawah bangsal berhadapan tapak rumah tersebut. Inilah realiti kehidupan seorang pesakit mental.

                                       









Comments