PROGRAM ZOOM : TAMAN SERI PUTRA

Program Ziarah Orang-orang Memerlukan (ZOOM) telah diadakan di Taman Seri Putra, Kuala Kedah pada 26 Mac 2021. Puan Rafizah, seorang ibu tunggal terlibat kemalangan jalan raya 2 minggu lepas. Beliau baharu selesai menjalani pembedahan tulang betis.

Mujurlah anak perempuannya yang berumur 14 tahun dapat membantu menguruskan anak-anaknya lain yang berumur 8 dan 5 tahun, terutamanya sepanjang beliau berada di wad hospital. Semoga beliau cepat sembuh agar dapat kembali bekerja di syarikat katering.

Terima kasih Haji Yusof, Ketua UMNO Cawangan Taman Seri Putra dan Puan Nor Habsah, YDP PIBG SMK Seri Pantai yang turut hadir bersama saya.

                                             










Comments