ZIARAH VETERAN UMNO CAWANGAN PERGAM

Baru-baru ini saya berkesempatan melawat Pak Su Shukor, seorang veteran UMNO cawangan Kampung Pergam. Beliau kurang sihat kerana mengalami pendarahan usus kecil selepas mengambil ubat tahan sakit dari 8 klinik akibat sakit sendi. Katanya inilah bahana makan buah dokong 2kg. Alhamdulilah beliau sudah semakin sihat. Banyak juga beliau berkongsi kisah-kisah ketika beliau aktif dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dahulu. 

Terima kasih Saudara Ridzuan Mansor, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah yang turut bersama saya. Kami juga sempat melihat lembu-lembu belaan keluarga Pak Su Shukor.

                                        





Comments