FORUM PENCEGAHAN JENAYAH KAMPUNG GELONG AIR

Forum Pencegahan Jenayah berlangsung dengan jayanya di Surau Al-Ikhlas, Kampung Gelong Air, Padang Hang, Anak Bukit pada 9 April 2021. Selain saya bertindak sebagai ahli panel, forum ini turut menampilkan Dr Kamarul Azman bin Khamis, Pengerusi Pertubuhan Pengggerak Negeri Kedah merangkap Pengarah Kajian Institut Indonesia, Thailand dan Singapura, Universiti Utara Malaysia.

Program ini diadakan bagi memberi kesedaran tentang bahaya dadah dan mengajak masyarakat membanterasnya bersama melalui inisiatif pemberdayaupayaan komuniti. Di samping itu, program ini memberi penekanan berkenaan pengukuhan institusi keluarga sebagai jalan terbaik bagi menangani permasalahan sosial dan jenayah yang berlaku terutamanya yang melibatkan golongan muda.

Terima kasih kepada pihak jawatankuasa surau dan penduduk kampung yang memberi kerjasama dan sambutan yang baik. Insha Allah program anjuran bersama Majis Belia Daerah, MCPF Daerah Kota Setar dan Pertubuhan Penggerak Kedah akan diteruskan di kawasan lain pula.

                                       











Comments