PROGRAM PEMBERDAYAUPAYAAN KOMUNITI

Program Community Empowerment : Training of Trainers anjuran AADK Daerah Kota Setar telah diadakan pada 10 April 2021 bertempat di Auditorium Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir, Alor Setar. Saya telah dijemput untuk menyampaikan pengisian berkenaan Pemberdayaupayaan Komuniti kepada hadirin yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Rukun Tetangga, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan NGO tempatan Daerah Kota Setar.

Dalam ceramah, saya menekankan dua trend utama yang agak membimbangkan buat masa ini iaitu fenomena penglibatan wanita dengan dadah dan penggunaan dadah sintetik yang menjadi punca peningkatan penyakit mental di kalangan belia. Semoga perkongsian saya akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang isu-isu semasa dan menimbulkan kesedaran tentang peranan pemimpin setempat dalam merangka insiatif dan program untuk pencegahan dadah di kawasan masing-masing. Turut menyampaikan pengisian adalah Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar&Pokok Sena.









Comments