MAJLIS IFTAR DAN SANTUNI ANAK YATIM KUALA KEDAH BERSAMA LPPKN

Majlis Iftar dan Santuni Anak Yatim Komuniti Kuala Kedah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Nizar bin Zakaria, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) merangkap Ahli Parlimen Parit dalam Lawatan Kerja Rasmi beliau ke Negeri Kedah. Program diadakan di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah pada 12 Ramadan 1442H bersamaan 24 April 2021. Turut hadir YBhg Tuan Abdul Syukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN.

Dalam majlis ini, golongan asnaf dari komuniti Family and Community Empowerment (FACE) Kuala Kedah disantuni dengan menerima sumbangan daripada pihak LPPKN. Saya juga menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir.

Walaupun tiada dalam aturcara program, saya telah diminta untuk berucap secara spontan oleh YB Dato’ Nizar sebagai mewakili komuniti Kuala Kedah. Sebagai Penyelaras Program FACE Kuala Kedah, saya memohon agar program yang berjalan sejak 2017 ini diteruskan dengan lebih giat lagi kerana ia mampu memperkukuhkan institusi kekeluargaan di akar umbi dalam perjuangan membanteras penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial yang berlaku di kawasan ini.

Sebelum majlis berbuka puasa, YB Dato’ Pengerusi sempat menikmati keindahan matahari terbenam di tepi pantai Kuala Kedah. Terima kasih YB Dato’ kerana sudi bertandang ke Kuala Kedah.

                                       

































Comments