MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-23 DIABETES MALAYSIA NEGERI KEDAH

Dalam pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-23 Diabetes Malaysia Negeri Kedah pada 22 April 2021, saya telah memaklumkan tidak akan mempertahankan jawatan Timbalan Pengerusi yang telah saya sandang sejak 3 penggal lalu. Ini adalah bagi membolehkan saya memberi lebih tumpuan kepada bidang politik dan NGO yang bersifat pencegahan jenayah.

Tambahan pula, makin banyak tanggungjawab baharu yang saya pegang sekarang dan saya perlu lebih fokus supaya peranan saya lebih berkesan dalam setiap organisasi yang saya terajui. Apalah guna jika banyak jawatan yang dipegang tetapi tidak mampu membawa perubahan yang didambakan.

Walaupun begitu, sebagai ahli seumur hidup sejak 2005, saya akan terus membantu Diabetes Malaysia Negeri Kedah sekiranya diperlukan kerana NGO ini sangat dekat di hati saya. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang baharu dilantik di bawah kepimpinan Dr Haji Zainal bin Che Mee.








Comments