PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADAN KAMPUNG TENGAH

Program Sentuhan Kasih Ramadan 1442H Parlimen Kuala Kedah diteruskan pula di DUN Kubang Rotan pada 11 Ramadan 1442 iaitu bersamaan 23 April 2021 dan dilangsungkan di Dewan Kampung Tengah, Kuala Kedah. Program ini melibatkan penerima-penerima sumbangan dari Kampung Kompleks, Kampung Tengah, Kampung Tok Pasai dan Kampung Balai. Saya turut memberi taklimat ringkas tentang kepentingan menerima suntikan vaksin covid19.

Program ini telah diatur oleh Penyelaras Pasukan Combi Kuala Kedah. Terima kasih diucapkan kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah yang turut hadir bersama.










Comments